Hari Terbuka PI Taman Sepakat Jaya

8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Hari terbuka PI Taman Sepakat Jaya telah berlangsung pada 07 Oktober 2018 bersamaan hari ahad. Pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan pertandingan yang menanti peserta dengan hadiah yang lumayan. Program bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran orang ramai yang ingin mengikuti aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut. Dengan kerjasama dari pelbagai pihak seperti YAPIEM, Staff PI yang lain yang turut membantu dan juga peniaga barangan manik bagi memeriahkan Hari Terbuka PI Taman Sepakat Jaya.

Selesai pendaftaran, semua yang turut hadir dijemput untuk mendengar taklimat advokasi dan ICT. Selepas itu, taklimat dari YAPIEM dan aktiviti-aktiviti pun bermula dengan pembahagian kumpulan untuk aktiviti KDB. Aktiviti memasak dan Usahawan digital hanyalah untuk kategori orang dewasa, manakala aktiviti KDB untuk kategori kanak-kanak. Hari Terbuka PI Taman Sepakat Jaya berakhir dengan Majlis Penutupan dari Penghulu Kampung Sejingkat iaitu En. Mohd Adama dan seterusnya penyampaian hadiah, cenderahati, dan cabutan bertuah. Majlis bersurai pada pukul 01.30 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali